Selain daripada siri Xiaomi 12, rangkaian peranti boleh-pakai terkini Xiaomi turut sama diperkenalkan secara rasmi, sebentar tadi. Dikenali sebagai Xiaomi Watch S1, jam tangan ini hadir dengan tubuh yang baik dan kemasan tampak mewah. Melaluinya, ia hadir dengan rekaan muka jam berbentuk bulat bersama pilihan tali jam berasaskan silikon atau kulit. Seterusnya, ia juga mempunyai dua butang kawalan di sisi.
Xiaomi Watch S1 mempunyai paparan bersaiz 1.43-inci AMOLED 60Hz dengan resolusi 466 X 466 piksel dan kepadatan piksel 326 ppi. Seterusnya, ia juga menyokong sejumlah sensor terbina untuk pemantauan kesihatan dan 117 mod sukan berbeza untuk kemudahan pengguna. Tidak ketinggalan, ia turut menawarkan sokongan dwi-GPS, kemampuan kalis air 5ATM dan bateri 470mAh dengan ketahanan maksimum 12 hari sebelum perlu dicas semula.
Dalam pada itu, terdapat juga sistem pengecasan nirwayar yang disokong. Selain itu, ia turut menyertakan sokongan NFC. Xiaomi Watch S1 dijual pada harga bermula RMB1,099 (~RM722) dan hanya ditawarkan di China terlebih dahulu. Kalau perasan, spesifikasinya juga adalah mirip dengan Xiaomi Watch Color 2 yang diumumkan sebelum ini.