(Ura-Ura) Vivo Y21T Mungkin Dilengkapi Cip Snapdragon 680, Kamera 50MP

Diterbitkan pada Dis 29, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Selain daripada siri Vivo V23, kini hadir desas-desus awal yang mengatakan Vivo juga dalam perancangan untuk memperkenalkan peranti baharu di bawah siri Y. Peranti berkenaan mungkin dikenali sebagai Vivo Y21T dan dijangka tiba beberapa hari lebih awal berbanding siri Vivo V23 – iaitu pada 3 Januari 2022.

Vivo Y32

Spekulasi awal mengatakan peranti ini mungkin dilengkapi cip Snapdragon 680 yang diumumkan sekitar bulan Oktober lalu. Sekiranya benar, maka ia akan menampilkan cip yang sama dengan Vivo Y32 yang dilancarkan di China, tempoh hari. Selain daripada itu, Vivo Y21T juga mungkin mempunyai tiga kamera di belakang dengan sensor utama sebesar 50MP. Bateri 5,000mAh yang menyokong pengecasan pantas 18W, memori 4GB RAM dan storan 128GB dikhabarkan turut akan dibekalkan pada peranti.

Buat sama ini, adalah baik sekiranya kita menganggap ketirisan maklumat ini sebagai ura-ura terlebih dahulu. Malahan, pihak Vivo sendiri juga masih belum berkongsi sebarang informasi mengenai peranti setakat ini. Sama-sama kita nantikan perkembangan selanjutnya berkaitan perkara ini.

Sumber : 91Mobiles

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2022 Kami