Cari @ Amanz

Apple pada tahun lepas telah mempopularkan penawaran storan sebesar 1TB melalui iPhone 13 Pro. Menariknya, kini hadir laporan awal, mengatakan Samsung turut akan mengikut jejak, dan menawarkan pilihan Galaxy S22 Ultra dengan pilihan storan sehingga 1TB.

Untuk makluman semua, ini bukan kali pertama Samsung menawarkan pilihan storan 1TB bersama peranti mereka. Sebelum ini, pengeluar dari Korea Selatan berkenaan pernah hadir dengan penawaran 1TB untuk siri Galaxy S10+. Ketika itu, model pilihan 1TB bersama 12GB RAM ditawarkan pada harga RM5999 di Malaysia.

Samsung Galaxy S10

Samsung akan menyertakan ciri rakaman video sehingga 8K pada telefon mercu akan datang mereka, dan storan 1TB ini akan memudahkan proses berkenaan dan boleh meneruskan rakaman untuk tempoh lama tanpa risau akan kehabisan storaan.

Apa pun, dengan storan besar, ia dijangka menjadikan harga jualan peranti ini lebih mahal. Sama-sama kita nantikan pengenalan Galaxy S22 yang dijangka berlaku sekitar Februari 2022 kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd