Cari @ Amanz

Asus Zenfone 8 dan 8 Flip adalah dua peranti mercu yang baik sebenarnya. Ia mempunyai prestasi yang bagus, kemampuan kamera yang baik-baik sahaja, serta pengalaman penggunaan yang memuaskan. Peranti ini juga merupakan peranti yang tidak begitu dihiraukan orang akan kewujudannya.

Oktober lepas, Asus menjanjikan yang peranti-peranti Android mereka akan menerima kemaskini Android 12 pada bulan Disember. Tinggal sehari sahaja lagi untuk Disember tamat, baru-baru ini Asus telah pun menunaikan janji mereka dan mula mengedarkan kemaskini Android 12 untuk Zenfone 8 dan 8 Flip.

Berikut adalah senarai log perubahan yang ada dalam kemaskini ini;

  1. Aplikasi Mobile Manager, kenalan, telefon, pengurus fail, kalkulator, jam, galeri, cuaca, perakam suara, tetapan, Data Transfer, dan banyak lagi aplikasi sistem dikemaskini untuk disesuaikan dengan Android 12.
  2. Talam akses pintar ke tetapan, talam notifikasi, dan panel kawalan aras suara kini hadir dengan rekaan baharu.
  3. Menyokong papan pemuka privasi, indikasi penggunaan kamera dan mikrofon, dan banyak lagi ciri privasi dan sekuriti Android 12.
  4. ASUS Safeguard digantuikan dengan yang sedia terbina dalam Android 12 – Emergency SOS.
  5. Panel widget kini hadir dengan rekaan baharu, posisi tangkapan layar ddiubah dan aplikasi hotseat di laman Overview dibuang.
  6. Pilihan tetapan Quick Setting dalam tetapan paparan dibuang.
  7. Tiada lagi sokongan panggilan telefon SIP.
  8. Beberapa aplikasi pihak ketiga ada yang tidak menyokong Android 12 lagi.
Asus Zenfone 8 Flip

Bagi yang berminat untuk cuba, Asus menawarkan juga kemaskini manual. Fail kemaskini boleh didapatkan di bawah ini. Jika tidak anda semua boleh sahaja tunggu OTA tiba.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd