Cari @ Amanz

Apple pada tahun hadapan, 2022 dijangka memperkenalkan sebuah set kepala memfokuskan arena realiti gabungan atau realiti terimbuh. Ia bakal menjadi titik tolak sebelum Apple hadir dengan beberapa peranti yang digunakan pada bahagian kepala untuk kekal berinteraksi secara digital.

Mengikut penganalisa popular Ming Chi-Kuo, Apple dijangka memfokuskan kepada peranti berbentuk realiti-gabungan dan realiti-terimbuh yang dipakai pada kepala pada 2022.

Seterusnya, gergasi perkomputeran berkenaan dijangka akan mengoptimasi dan hadir dengan rekaan berbentuk kaca mata pintar menjelang 2025 kelak.

Apple seterusnya dijangka akan terus mengoptimasikan, dan hadir dengan kanta lekap pintar AR menjelang antara 2030 ke 2040.

Dengana langkah ini, pengguna boleh menikmati arena realiti maya terus menggunakan kanta lekap pintar tanpa perlu memakai set kepala atau kaca mata pintar yang mungkin tidak selesa bagi sesetengah pengguna.

Sebelum ini, ia sedia dijangka yang mana areena realiti-terimbuh akan membawa kepada pulangan tinggi kepada Apple, dengan fokus perniagaan sebesar perniagaan iPhone pada hari ini.

Dengan perkembangan dunia alam meta dan sebagainya, tidak mustahil kita melihat dunia alam meta dan realiti-terimbuh dapat dinikmati dengan hanya memakai kanta lekap sahaja.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd