Cari @ Amanz

Sudah beberapa kali kami melaporkan Apple akan melancarkan peranti realiti terimbuh mereka dalam masa terdekat. Dengan set kepala ini, Apple ingin menawarkan kelainan dalam pasaran yang pada waktu ini didominasi oleh Oculus dan HTC. Menurut penyelidik pasaran terkemuka Ming-Chi Kuo, peranti realiti terimbuh pertama Apple akan dilancarkan pada suku kedua 2022.

HTC Vive Focus

Sebelum ini Kuo berkata set kepala ini akan dilengkapi 15 kamera pada bahagian luar yang boleh memberikan pemandangan tembus kepada pemakai . Tidak seperti HoloLens 2, set kepala ini tidak akan mempunyai skrin boleh tembus. Sebaliknya skrin mikro-LED pada bahagian dalam akan memberikan pemandangan luar menerusi imej yang diambil dari 15 kamera tersebut.

Set kepala turut akan mempunyai sistem pengenalan biometri yang inovatif. Tidak diketahui apakah sebenarnya dimaksudkan dengan inovatif di sini. Adakah kamera luar ini boleh mengecam wajah seperti Face ID? Kesemuanya sekadar spekulasi sahaja pada waktu ini.

Yang pasti jumlah kamera yang digunakan adalah jauh lebih banyak jika dibandingkan dengan Oculus Quest 2 dan HTC Vive Cosmos yang mempunyai mod “pandangan tembus” yang seakan sama.

Sumber Apple Insider

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd