Cari @ Amanz

Dengan berbaki dua hari lagi sebelum tahun 2021 menutup tirai, kini pelbagai syarikat telekomunikasi aktif dalam menamatkan rangkaian 3G mereka, dan memberikan fokus terhadap pembangunan dan pengukuhan 4G.

Celcom kini mengumumkan mereka telah menamatkan rangkaian 3G di baki negeri-negeri Semenanjung Malaysia, iaitu Kedah, Pahang, Perak, Perlis dan juga Pulau PInang.

Dengan pengumuman ini, hanya berbaki satu negeri lagi, iaitu Sarawak, sebelum Celcom menamatkan sepenuhnya rangkaian 3G mereka.

Sebelum ini, Maxis sedia mengatakan telah menamatkan sepenuhnya rangkaian 3G, sementara Digi pula menangguhkan ia sehingga ke awal Januari 2022 kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd