Asus Mengacah Pengenalan ROG Gaming Tablet Pada Minggu Hadapan

Diterbitkan pada Dis 31, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Asus sedia menawarkan beberapa produk memfokuskan peminat permainan video dibawah jenama ROG, termasuk komputer riba dan juga ROG Phone. Kini, Asus dilihat akan menambah penawaran berkenaan melalui pengenalan ROG Gaming Tablet tidak lama lagi.

Asus kini telah menerbitkan imej acaj, dan mengatakan bakal memperkenalkan “Gaming Tablet” paling berkuasa pada acara CES 2022 yang akan dilangsungkan secara maya pada minggu hadapan, 4 Januari 2022.

Untuk makluman, pada November lepas, gambar ASUS ROG Flow Z13 telah tertiris, memperlihatkan rekaan peranti seakan Microsoft Surface.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi berkenaan spesikasi dan sistem operasi yang akan digunakan padanya. Sama-sama kita nantikan minggu hadapan untuk pengenalan Asus ROG Gaming Tablet ini.

komen


© Amanz / 2022 Kami