Cari @ Amanz

Telekom Malaysia telah pun mengumumkan sebelum ini berkaitan perubahan pada kaedah bil mereka, dan ia akan mula diaktifkan sepenuhnya bermula 1 Januari 2022 ini secara rasminya.

Yang pertama adalah perubahan pada nombor akaun daripada penggunaan 9 angka kepada penggunaan nombor bil baharu. Bagi anda yang telah menggunakan nombor bil baharu, anda boleh kekal menggunakan seperti biasa. Sebaliknya, sekiranya tidak, anda perlu mengubahnya memandangkan hanya nombor akaun baharu yang akan disokong bermula 2022 kelak. Untuk pengguna Unifi Mobile prabayar, tiada masalah memandangkan anda boleh membuat tambah-nilai menggunakan nombor telefon.

Disamping itu, untuk tujuan pembayaran juga, angka JOMPay kini berubah daripada 3608 kepada nombor JOMPay baharu 8888. Bermula 1 Januari 2022, kod bil 3608 tidak lagi akan diterima.

Pastikan anda mengambil berat kedua-dua perubahan ini pada bil Unifi, untuk elak anda tersilap bayar dan tidak dicatatkan pada akaun anda.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd