Carian
Vivo Malaysia Mengacah Kehadiran Peranti Baharu Tidak Lama Lagi
January 3, 2022 Amy Maizuraa

Kini bermulanya tirai 2022 dibuka dan semestinya kita akan disajikan dengan lebih banyak penawaran peranti baharu daripada pelbagai pengeluar. Ini termasuklah Vivo yang dilihat mula mengacah kehadiran peranti baharu untuk pasaran Malaysia tidak lama lagi.

Poster Acah Di Facebook Rasmi Vivo Malaysia

Satu entri telah dimuat-naik sebentar tadi di laman Facebook rasmi Vivo Malaysia yang menunjukkan gambar acah dengan rekaan berbentuk peranti pintar. Vivo bagaimanapun tidak secara terang-terangan berkongsi mengenai nama model. Sebaliknya, mereka mengadakan peraduan ringkas yang menawarkan hadiah misteri daripada Vivo. Peraduan tamat pada jam 11.59 malam kelak.

Melihat kepada gambar yang dikongsi, kami menyasarkan model tersebut adalah siri Vivo V23 5G yang bakal diumumkan di India pada 5 Januari ini. Ia berikutan imej berkenaan memperlihatkan rekaan modul kamera utama seakan yang terdapat pada peranti berkenaan. Ditambah lagi dengan kemasan warna seakan emas seakan menguatkan lagi spekulasi ini.

Poster Vivo V23 Dikongsi Menerusi Laman Vivo India

Akan tetapi, ia masih di peringkat spekulasi awal sahaja. Seperti biasa, sama-sama kita nantikan perkongsian lebih lanjut daripada pihak Vivo Malaysia berkaitan perkara ini.

Sumber : Vivo Malaysia

Komen