Masalah mencari sumber bekalan kuasa yang bersih cuba diselesaikan dengan menggunakan kuasa angin, ombak, solar, hidro dan nuklear yang lebih bersih. Tetapi sistem penjanaan kuasa yang mampu menghasilkan kuasa tertinggi dengan kesan sampingan yang bersih ialah pelakuran nuklear. Pelakuran nuklear seakan yang berlaku di permukaan matahari sedang dihasilkan semula di manusia menggunakan mesin tokamak.

Tokamak EAST di China kini memegang rekod dunia beroperasi selama 1056 saat (17.6 minit) pada suhu 70 juta darjah Celsius yang jauh lebih panas berbanding 15 juta Celsius di permukaan matahari. Pada bulan Mei tahun lalu, EAST mencapai suhu 120 juta darjah Celsius selama 101 saat yang juga merupakan rekod dunia.
Masih banyak kajian perlu dilakukan sebelum loji tenaga pelakuran nuklear akan menjadi realiti kerana sukar untuk mengekalkan plasma pada suhu yang tinggi dan penggunaan tenaga untuk menghasilkannya adalah amat tinggi. Tetapi sekiranya ia menjadi realiti, isu penggunaan arang batu, bahan nuklear dan empangan hidro yang menenggelamkan habitat akan menjadi tinggalan masa lampau.