Carian
Rangkaian Kereta Api Halaju Tinggi Di China Kini Sepanjang Garisan Khatulistiwa
January 3, 2022 Effi Saharudin

China kini mempunyai rangkaian kereta api halaju tinggi terpanjang di dunia yang melepasi 40,000 kilometer yang bersamaan dengan panjang garisan Khatulistiwa. Angka yang menakjubkan ini dicapai selepas laluan antara Anqing di Timur Anhui dan Jiujiang di selatan Jiangxi dibuka minggu lalu menurut laporan Global Times. China akan terus menambah rangkaian kereta api halaju tinggi di negara mereka bagi menyambungkan bandar-bandar satelit dengan bandar utama di setiap daerah.

Projek membina rangkaian kereta api halaju tinggi di China dimulakan pada tahun 2007 dengan laluan pertama Beijing ke Tianjin dibuka pada tahun 2008. Dengan pantas China memintas Jepun sebagai negara dengan rangkaian kereta api halaju tinggi terpanjang dunia. Di China kereta api yang bergerak pada kelajuan di antara 200–350 km/j diklasifikasikan sebagai berkelajuan tinggi.

Terdapat usaha dari CRRC SRI untuk memperkenalkan kereta api apungan magnet yang lebih pantas mencecah kelajuan 600 km/j.

Komen