Cari @ Amanz

Huawei P50 Pro dan P50 Pocket adalah dua peranti mercu Huawei yang pastinya dinantikan ramai. Bagi peminat di Malaysia, penantian untuk dua peranti ini akan berakhir pada 12 Januari apabila ia dilancarkan untuk pasaran tempatan secara rasmi.

Huawei P50 Pro hadir dengan skrin 6.6-inci AMOLED dan resolusi QHD, kadar segar semula mencapai 120Hz, dijana cip Kirin 9000, memori sehingga 12GB RAM, storan sehingga 256GB, bateri 4360mAh dengan pengecasaan pantas 66W. Pada bahagian kamera, ia menyertakan kamera utama 50MP, dan turut dilengkapi dengan sokongan seperti zum optikal 3.5x dan zum digital sehingga 100x.

Sementara itu Huawei P50 Pocket pula dilengkapi skrin 6.9″ OLED FHD 120Hz boleh-lipat, skrin luaran 1″ OLED 60Hz berbentuk bulat, dijana cip Snapdragon 888 4G memori 12GB, storan sehingga 512GB dan bateri sebesar 4000 mAh yang menyokong pengecasan 40W.

Kamera utama menggunakan sensor 40MP sudut lebar, 13MP ultra sudut lebar dan 32MP Super Sensor sementara kamera swafoto pula sebesar 10.7 MP. Terdapat pengimbas cap jari terbina pada butang kuasa di bahagian sisi. Ia menggunakan sistem operasi HarmonyOS 2.0 yang membolehkan peranti menjadi kunci kereta digital dan kemampuan mengesan kesan cahaya UV pada wajah.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd