Perkhidmatan Unifi TV Terjejas Disebabkan Kebakaran – Dijangka Pulih Petang Ini

Diterbitkan pada Jan 4, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Telekom Malaysia telah mengumumkan pada malam semalam perkhidmatan Unifi TV di seluruh negara terjejas dan tidak boleh diakses semua. Kini, Telekom Malaysia berkongsi lanjut, mengatakan masalah ini akan selesai menjelang pukul 3 petang 8 malam hari ini.

Menurut TM, masalah gangguan ini terjadi disebabkan oleh impak terhadap sistem kuasa yang terjejas disebabkan oleh kebakaran di bangunan di Cyberjaya.

TM mengatakan perkhidmatan Unifi lain tidak terjejas. Hanya perkhidmatan Unifi TV dan juga kedai TMpoint d Cyberjaya yang terjejas buat masa ini. Pelanggan di Cyberjaya diminta berkunjung ke TMpoint Kajang untuk sementara waktu ini.

Telekom Malaysia meminta maaf atas sebarang kesulitan yang dihadapi, dan menyasarkan perkhidmatan kembali seperti biasa menjelang 3 petang 8 malam ini.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2022 Kami