Realme GT Neo2 Edisi Dragon Ball Z Turut Dilancarkan Di China

Diterbitkan pada Jan 4, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Seiring pengenalan siri Realme GT 2 sebentar tadi, rangkaian peranti Realme GT Neo2 turut dikemaskini dengan penawaran baharu. Di mana, ia hadir dengan edisi terhad yang menampilkan kemasan siri animasi popular, Dragon Ball Z.

Telefon pintar ini hadir dengan kemasan tubuh khas berwarna jingga dan biru. Ia turut disertakan antara muka tersesuai, tema, ikon dan beberapa gambar latar yang bertemakan Dragon Ball. Tidak ketinggalan, ia juga disertakan dengan kotak bungkusan peranti yang unik dengan idea pembuatan khusus yang diilhamkan daripada siri animasi berkenaan.

Tiada perubahan spesifikasi dilakukan. Ia masih menggunakan skrin bersaiz 6.55-inci AMOLED FHD+ 120Hz, cip Snapdragon 870, memori 12GB RAM, storan dalaman 256GB dan bateri 5000mAh yang menyokong pengecasan pantas 65W. Di China, peranti ini dijual pada harga RMB2,699 (~RM1,777) untuk seunit.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2022 Kami