Cari @ Amanz

OpenSea merupakan laman dagangan NFT yang popular, dan digunakan ramai dalam urusan jual-beli karya NFT masing-masing. Pelbagai projek terkemuka juga menawarkan karya melalui OpenSea – dan sering menjadi perbualan ramai.

Terbaru, ia dilaporkan OpenSea sedang dalam perbincangan untuk menerima suntikan dana baharu, pada nilai syarikat mencapai $13 bilion.

Buat masa ini, ia masih pada peringkat perbincangan awal lagi, dan tidak diketahui lagi berapakah nilai pelaburan yang sedang dilihat, dan akan disertai oleh siapa.

Pada hari ini, kita sedia melihat transaksi melibatkan jutaan ringgit berlaku di OpenSea, selain turut memperlihatkan penyertaan kelab bola sepak tempatan untuk menjual karya mereka di OpenSea.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd