Papan Kekunci ASUS ROG Strix Flare II Animate Hadir Dengan Paparan LED Dot Matrix

Diterbitkan pada Jan 5, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Papan kekunci gaming dengan lampu LED dan skrin LCD sudah menjadi norma biasa. Di ASUS inovasi seterusnya ialah meletakkan panel LED dot matrix yang boleh dikustomasi animasinya oleh pengguna. Ini ialah teknologi LED yang digunakan sebelum ini pada ROG Zephyrus G14.

ASUS ROG Strix Flare II Animate ialah papan kekunci mekanikal dengan pilihan suis Cherry MX Blue, Brown, atau Red. Paparan AniMe Matrix LED terdiri daripada 312 lampu LED kecil yang diletakkan pada bahagian atas kanan papan kekunci. Pada waktu yang sama setiap butang kekunci turut disertakan dengan sistem lampu LED yang boleh dikustomasi warnanya oleh pengguna. Terdapat alas untuk tangan yang boleh dipasang untuk meningkatkan keselesaan ketika menaip.

Sambungan ke komputer adalah menggunakan kabel USB 2.0 bersulam sepanjang 2 meter yang tahan lasak. Butang kawalan media turut diberikan lengkap dengan tombol berputar untuk mengawal audio misalnya. ASUS ROG Strix Flare II Animate dijual pada harga $220 (~RM922) sebuah. Asus turut menawarkan ASUS ROG Strix Flare II tanpa paparan AniMe Matrix pada harga $180 (~RM754) sebuah.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2022 Kami