TCL NxtWear Air Adalah Pesaing Kepada Nreal Air – Skrin 140-Inci Dalam Kaca Mata

Diterbitkan pada Jan 5, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Tahun lepas, TCL telah banyak mendedahkan pelbagai konsep produk. Daripada yang boleh pakai, telefon, tablet, skrin e-ink atau juga kaca mata pintar. Kaca mata mereka iaitu NxtWear kini ada pengganti untuk 2022, iaitu TCL NxtWear Air. Ia adalah kaca mata yang mempunyai skrin kedua untuk pengguna, seperti Nreal dengan Nreal Air mereka.

Kaca mata ini bukannya menawarkan kandungan AR atau VR, tetapi hanya kandungan daripada telefon pengguna melalui sambungan USB-C yang dipaparkan pada saiz mencapai 140-inci dari dalam kaca mata. Ia adalah monitor kedua untuk telefon.

Ia hadir dengan skrin micro-OLED, mempunyai jarak pandangan di mata dan skrin sekitar 13 kaki, wajib menggunakan USB-C pada peranti yang boleh sambungkan ke skrin kedua melalui port terbina. Ia juga hadir dengan speaker stereo terbina dan turut mempunyai Bluetooth jika ingin sambungkan ke aksesori audio lain.

TCL turut menawarkan sambungan plat magnetik pada lensa untuk tukar-tukar gaya dan rekaan. Ia akan dijual pada suku pertama tahun ini. Tetapi dengan nama Air ini, ia mungkin akan dijual pada harga lebih murah daripada NxtWear G yang dilancarkan sebelum ini.

komen


© Amanz / 2022 Kami