Warna BMW iX M60 Dilancarkan Dengan Bateri 566 KM dan Kelajuan Mencecah 250 KM/J

Diterbitkan pada Jan 5, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

BMW iX M60 dilancarkan pagi tadi sebagai SUV elektrik terkini dari BWM yang menumpukan kepada prestasi. Ia dilengkapi dua motor dengan kuasa gabungan 610 kuasa kuda dan jarak operasi bateri sehingga 566 kilometer mengikut standard WLTP.

Sesuai dengan statusnya sebagai sebuah kereta dalam siri M, BMW iX M60 boleh memecut ke kelajuan 100 km/j dalam masa hanya 3.6 saat dan bergerak pada kelajuan maksimum 250 km/j. Kepantasan juga dapat dilihat pada sistem pengecasan yang disokong. Bateri boleh dicas dari 10% ke 80% dalam masa 35 minit menggunakan pengecas 250kW.

SUV ini juga adalah yang pertama menggunakan platform kenderaan elektrik terkini BMW yang modular. Paparan dalaman terkini iDrive turut digunakan berasaskan sistem operasi terkini BMW Operating System 8. Dengan pelbagai sensor dan kamera, BWM berharap akan dapat menawarkan sistem swapandu Tahap 3 kelak.  Apabila jualan dibuka Jun ini, BMW iX M60 boleh dibeli pada harga bermula $106,095 (~RM445,000) sebuah.

Ralat – Dalam laporn asal kami melaporkan BMW iX M60 hadir dengan versi tubuh boleh bertukar warna. Ini kurang tepat kerana prototaip BMW iX Flow telah diumumkan dengan panel e-ink pada keseluruhan tubuh bagi membolehkan ini dilakukan. Pada waktu ini BMW tiada perancangan menawarkan iX Flow kepada pengguna.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2022 Kami