Semalam kami melaporkan BMW iX M60 dilancarkan dengan kemampuan tubuh berubah warna dengan sekelip mata. Tetapi nampaknya laporkan kami kurang tepat kerana sebenarnya kenderaan dengan sistem unik ini ialah BMW iX Flow yang hanya sekadar konsep.
Bagi mempunyai kemampuan berubah warna dari hitam ke putih dengan pantas, BMW menggunakan ribuan panel e-ink pada permukaan tubuh BMW iX Flow. Dapat dilihat panel e-ink berbentuk tiga segi disusun pada permukaan kereta dan juga rim tayar dengan jutaan kapsul warna turut digunakan. Oleh itu warna setiap panel boleh diubah secara satu persatu. Dengan kata lain corak tertentu boleh dipaparkan dalam warna monokrom mengikut kehendak BWM.

Pada waktu BMW iX Flow dengan panel e-ink hanya sekadar konsep yang dipertontonkan di CES 2022 untuk menunjukkan teknologi yang mungkin boleh digunakan pada kenderaan masa hadapan. Ia mengingatkan kami kepada sistem pertukaran warna tubuh dalam siri sains fiksyen Viper pada penghujung 1990an.