Google Akan Membawa Sokongan Nearby Share Ke Komputer Windows

Diterbitkan pada Jan 6, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Nearby Share adalah jawapan Google kepada AirDrop oleh Apple. Walaupun Google lambat dalam penawaran sistem perkongsian fail pantas ini, Google dilihat laju mengejar Apple dalam mengembangkan sokongan ini dengan menambah pelbagai ciri dan fungsi menarik.

Di CES 2022, selain fokus kepada Fast Pair – peranti Android kelak turut boleh menggunakan Fast Pair untuk tambat ke komputer Windows. Melaluinya, ia akan menyokong Phone Hub seakan antara Pixel dan Chromebook untuk sokongan notifikasi, SMS, panggilan telefon daripada peranti dikawal pada komputer.

Dengan sokongan ini, sistem perkongsian fail pantas Nearby Share turut boleh disertakan. Google kini sedang bekerjasama dengan Acer, HP dan Intel untuk pengguna Windows boleh menggunakan Nearby Share di antara telefon Android dan peranti Windows.

Ia akan ditawarkan pada tahun ini, tanpa sebarang tarikh spesifik.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2022 Kami