Cari @ Amanz

Redmi sedia terkenal dengan rangkaian peranti di bawah siri K yang memfokuskan pada sokongan spesifikasi yang sepadan dengan julat harga. Bercakap lebih lanjut mengenainya, Redmi kini dalam persediaan untuk pengenalan model kemas kini untuk siri berkenaan menerusi siri Redmi K50.

Informasi mengenainya juga telah sedia diketahui menerusi beberapa poster dan laporan tersebar. Salah satu daripadanya, Redmi K50 pro akan menggunakan cip MediaTek Dimensity 9000. Sungguhpun begitu, terdapat juga informasi terkini yang mengatakan peranti di bawah siri ini akan didatangkan dengan cip Qualcomm terkini iaitu Snapdragon 8 Gen 1.

Selain daripada itu, informasi terkin mendedahkan yang mana peranti tersebut juga akan dilengkapi bateri 4,700mAh yang menyokong pengecasan pantas 120W. Menurut Redmi, peranti boleh dicas penuh dalam hanya 17 minit sahaja. Pada masa sama, ia turut akan menampilkan sistem dwi-penyejukan untuk penggunaan lebih baik.

Redmi turut mengacah pengenalannya pada bulan hadapan, namun mengambil pendekatan untuk berteka-teki mengenai tarikh khususnya. Seperti biasa, sama-sama kita nantikan perkembangan selanjutnya mengenai perkara ini. Kami di Aman turut akan mengemaskini nya daripada masa ke semasa.

Sumber : Redmi Weibo

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd