Siri Cip AMD Ryzen 6000 Menjanjikan Prestasi Hebat Dan Lebih Cekap Untuk Komputer Riba
Nazrin
AMD dilihat semakin serius mengenai penglibatan mereka didalam industri komputer riba global dengan pelancaran siri cip pemprosesan AMD Ryzen 6000 yang menggunakan teknologi Zen 3+ dan juga teknologi grafik RDNA2.
Bergantung kepada model CPU yang digunakan, siri CPU ini hadir dengan prestasi pemprosesan yang sangat pantas, tetapi dengan penggunaan kuasa lebih cekap berbanding dengan model CPU AMD Ryzen 5000 untuk komputer riba sebelum ini.
| Model | Cores/Threads | Boost Frequency2 | Cache | TDP |
| AMD Ryzen 9 6980HX | 8C/16T | Sehingga 5.0GHz | 20MB | 45W+ |
| AMD Ryzen 9 6980HS | 8C/16T | Sehingga 5.0GHz | 20MB | 35W |
| AMD Ryzen 9 6900HX | 8C/16T | Sehingga 4.9GHz | 20MB | 45W+ |
| AMD Ryzen 9 6900HS | 8C/16T | Sehingga 4.9GHz | 20MB | 35W |
| AMD Ryzen 7 6800H | 6C/12T | Sehingga 4.7GHz | 20MB | 45W |
| AMD Ryzen 7 6800HS | 8C/16T | Sehingga 4.7GHz | 20MB | 35W |
| AMD Ryzen 7 6800U | 8C/16T | Sehingga 4.7GHz | 20MB | 15-28W |
| AMD Ryzen 5 6600U | 6C/12T | Sehingga 4.5GHz | 20MB | 15-28W |
| AMD Ryzen 7 5825U | 8C/16T | Sehingga 4.5GHz | 20MB | 15W |
| AMD Ryzen 5 5625U | 6C/12T | Sehingga 4.3GHz | 19MB | 15W |
| AMD Ryzen 3 5425U | 4C/8T | Sehingga 4.1GHz | 10MB | 15W |
AMD memperlihatkan siri cip pemprosesan HX, HS dan H untuk komputer riba gaming dan produktiviti berkuasa, manakala siri cip pemprosesan siri U adalah untuk komputer riba kelas produktiviti dan mampu milik, berbanding dengan model-model yang digunakan.
AMD menjangkakan sekitar bahawa komputer-komputer riba pertama yang menggunakan cip pemprosesan AMD Ryzen 6000 ini akan mula diperlihatkan di pasaran pada bulan Februari 2022 ini, dan sebanyak 200 model komputer riba baru yang dikuasakan AMD akan diperlihatkan sepanjang tahun ini.
Buat masa ini, diantara komputer riba yang telahpun memperlihatkan penggunaan cip pemprosesan AMD Ryzen 6000 termasuklah komputer riba seperti ASUS ROG Zephyrus G14 dan juga Lenovo ThinkPad Z.