Siri Infinix Note 11 Menerima Ciri Penambahan RAM Maya

Diterbitkan pada Jan 7, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Penawaran ciri memori maya dilihat semakin mendapat perhatian dan menjadi satu trend dalam kalangan pengeluar peranti pintar ketika ini. Ini bagi membolehkan sesebuah peranti itu berfungsi dengan lancar apabila memerlukan memori tambahan. Pada masa sama, ia juga membolehkan pengguna menjalankan lebih banyak aplikasi secara serentak pada peranti.

Dalam perkembangan terkini, Infinix juga dilaporkan akan membawakan ciri yang sama untuk siri Note 11. Ia akan ditawarkan menerusi kemas kini yang baru diberikan. Melaluinya, pengguna akan mendapat RAM tambahan mencapai 3GB RAM – terutamanya model dengan 8GB RAM. Bergantung kepada model yang dimiliki, misalnya model dengan 4GB dan 6GB RAM pula hanya akan mendapat sokongan tambahan sebanyak 1GB RAM.

Menerusi ciri ini, sebahagian ruang pada storan akan digunakan sebagai memori maya. Pada masa sama, ia juga membolehkan pengguna menjalankan lebih banyak aplikasi secara serentak pada peranti – mencapai 20 aplikasi dalam satu masa. Di samping itu, ia turut dikatakan mampu menjimatkan jangka hayat bateri peranti.

Buat masa ini, siri Infinix Note 11 masih belum ditawarkan untuk pasaran tempatan. Tetapi, baru-baru ini jenama ini telah hadir dengan penawaran Infinix Hot 11 Play yang ditawarkan pada harga bermula RM469. Ia hadir dengan janaan cip cip MediaTek Helio G35, paparan sejenis IPS LCD berukuran 6.82-inci beresolusi HD+, kamera utama 13MP, bateri 6000mAh dan sebagainya.

Sumber : Mysmartprice

komen


© Amanz / 2022 Kami