Realme Ingin Perkenal Lebih Banyak Tablet Pada Tahun Ini

Diterbitkan pada Jan 7, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Realme pada tahun lepas telah memperkenalkan tablet baharu mereka dinamakan Realme Pad. Ia mempunyai pengguna dan peminatnya tersendiri.

Terkini, bercakap lanjut berkenaan dengannya, Madhav Sheth dari Realme mengatakan mereka menyasarkan pengenalan lebih banyak tablet pada tahun ini.

Realme dijangka akan menawarkan pilihan tablet dengan pilihan harga berbeza – sekaligus menandakan ia akan hadir dengan pilihan spesifikasi dan saiz yang berbeza.

Pada hari ini, arena tablet masih diterajui oleh Apple – disebabkan penawaran harganya yang pelbagai mengikut keperluan, selain aplikasi yang dioptimasikan untuk platform berkenaan, termasuk sokongan daripada Adobe, Microsoft dan sebagainya.

Selain Realme, pihak Xiaomi juga telah mula memfokuskan tablet, dan telah pun mengumumkan MIUI yang dioptimasikan untuk tablet baru-baru ini.

komen


© Amanz / 2022 Kami