Cari @ Amanz

Awal tahun 2022 dimulakan dengan sokongan untuk BlackBerry OS dan BlackBerry 10 ditamatkan – membawa kepada beberapa perkhidmatan tidak lagi disokong, dan mungkin berhenti beroperasi tidak lama lagi.

Apa pun, peranti BlackBerry berasaskan Android tidak terjejas dengan perubahan ini.

Bagi anda yang mengikuti perkembangan BlackBerry, mungkin menantikan peranti baharu yang dijanjikan oleh OnwardMobility pada 2021 lepas. Setelah sekian lama diam, kini mereka mengeluarkan komen rasmi.

Menurut OnwardMobility, tahun 2021 merupakan antara tahun yaang mencabar, dan tidak sesuai untuk mereka melaancarkan telefon baharu. Apa pun, mereka tidak “mati” lagi seperti diperkatakan ramai, dan akan hadir dengan telefon 5G mereka bersama papan kekunci pada tahun ini.

Dengan perkongsian baharu ini, sama-sama kita nantikan perkembangan lanjut berkenaan telefon Blackberry baharu pada tahun ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd