Apple Berkemungkinan Besar Mengumumkan iOS16 Melalui WWDC Atas-Talian Pada Jun 2022

Diterbitkan pada Jan 10, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Apple telah mengadakan acara WWDC secara maya untuk dua tahun kebelakangan ini, dan kini dengan kes Omicron meningkat naik, Apple dijangka berkemungkinan besar akan turut melangsungkan WWDC 2022 secara atas-talian.

WWDC merupakan acara dimana Apple memperkenalkan kemaskini perisian baharu untuk ekosistem mereka, selain sejumlah ciri-ciri baharu yang bakal diperkenalkan.

Untuk tahun ini, Apple akan memperkenalkan iOS16, macOS 13, dan juga watchOS 9 secara rasminya. Ciri baru yag akan disertakan masih menjadi misteri buat masa ini.

Selain WWDC, Apple juga dijangka melaksanakan acara pengenalan iPhone SE 5G secara maya sekitar Mac atau April 2022 ini.

komen


© Amanz / 2022 Kami