Dalam filem dan permainan video sains fiksyen, panggilan video secara tiga dimensi sudah menjadi lumrah harian. Di dunia sebenar beberapa percubaan telah dilalukan seperti Google Project Starline yang masih di peringkat percubaan. Tetapi sebuah syarikat dari Amerika Syarikat telah membuka pra-tempahan untuk peranti panggilan video hologram 3D mereka minggu lalu.
PORTL Model-M ialah sistem panggilan video hologram 3D yang boleh boleh dibeli sekarang dengan bayaran permulaan $100. Sebelum ini PORTL memperlihatkan peranti konsep Epic mereka yang bersaiz besar untuk memaparkan manusia hologram pada skala sebenar. Pihak pereka berharap PORTL Model-M akan dapat dilancarkan secara rasmi kepada pengguna pada Mac hadapan.
Selain digunakan untuk panggilan video, Model-M turut boleh digunakan untuk menikmati konsert, menonton video, mengikuti sesi senaman secara langsung, teleperubatan, membeli belah dan memaparkan karya NFT yang dibeli.
Model-M ialah sebuah kotak yang boleh dipaparkan menegak atau dalam kedudukan landskap. Ia terdiri daripada skrin beresolusi tinggi di hadapan, sistem audio terbina pada tubuh dengan kemasan fabrik dan kamera 3D di bahagian bezel hadapan. Ini dipadankan pula dengan memori sebesar 1TB dan storan sebesar 1TB. Spesifikasi mengenai pemproses dan sistem operasi masih belum diumumkan.
Sumber New Atlas