Cari @ Amanz

Rangkaian 5G telah mula ditawarkan secara rasminya di Malaysia sejak 15 Disember yang lalu. YTL merupakan antara syarikat telekomunikasi terawal yang menawarkan rangkaian 5G di Malaysia. Namun begitu, penawarannya masih agak terhad – di mana ia hanya melibatkan beberapa lokasi seperti Putrajaya, Cyberjaya dan Kuala Lumpur.

Kawasan rangkaian 5G di Malaysia

Dalam usaha memberikan yang terbaik, YES hadir dengan kempen #FirstToDiscover5G yang menawarkan sehingga 2 juta kad sim 5G percuma secara eksklusif buat pengguna yang memiliki peranti 5G. Ini bertujuan bagi membolehkan lebih ramai pengguna menikmati dan mencuba rangkaian 5G mereka. Bagi yang berminat, anda boleh membuat penebusan bermula hari ini – 14 Februari 2022. Lebih menarik, tiada sebarang caj tambahan yang dikenakan untuk proses penghantaran kad sim.

Kemudian, anda boleh menikmati rangkaian 5G tanpa had sehingga 31 Mac 2022. Di samping itu, pakej ini juga termasuk dengan data Internet 4G sebanyak 10GB dan panggilan dan SMS percuma tanpa had ke mana-mana nombor YES untuk tempoh sah 30 hari. Untuk menebus, klik pada pautan ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd