Bagi ramai pengguna perisian sekuriti Norton, mungkin sedia maklum yang mana Norton telah menyertakan pelombong kriptowang secara terbina pada perisian mereka, dan menamakan ia sebagai Norton Crypto.
Untuk makluman, selain Norton, pihak Avira juga turut menyertakan ciri pelombong kriptowang pada perisian sekuriti mereka, dinamakan Avira Crypto. Ciri ini masih tidak diperkenalkan secara meluas buat masa ini, dan terhad kepada pengguna di Amerika Syarikat, Kanada dan UK.

Avira mengatakan Avira Crypto boleh melombong ketika PC tidak digunakan, sekaligus membolehkan pengguna menjana kriptowang. Avira mengatakan ciri ini ditawarkan untuk Avira Free Security, Avira Antivirus Pro, Avira Internet Security, Avira Prime.
Bagi anda yang menggunakan perisian antivirus ini, sekiranya ciri berkenaan telah diterima, mungkin boleh mengawalnya – sama ada aktifkaan atau sebaliknya terus pada aplikasi berkenaan.