Cari @ Amanz

Sejak daripada Facebook mengumumkan peralihan nama syarikat kepada Meta, pelbagai syarikat lain turut menyatakan bakal menawarkan dan menyertai arena metamesta. Namun, untuk Apple, mereka dilihat tidak akan menyertai “hype” metamesta ini.

Walaupun Apple bakal memperkenalkan set kepala realiti-terimbuh mereka pada tahun ini, ia akan lebih memfokuskan kepada menikmati kandungan, untuk komunikasi, permainan dan juga video. Apple juga dijangka menyasarkan penggunaan set kepala mereka untuk jangka masa pendek, dan bukannya untuk penggunaan tempoh yang sangat lama.

Ini bermakna, pengguna akan menggunakan set kepala Apple untuk melakukan beeberapa tujuan, dan seterusnya keluar dan kembali ke alam nyata, dan bukannya menghabiskan masa dalam metamesta.

Pada masa yang sama, Apple juga dilihat tidak akan mengikut hype yang diterajui Facebook, sebaliknya menyusun kaedah mereka tersendiri.

Apa pun, sama-sama kita nantikan lanjut berkenaan dengan pengenalan set kepala Apple yang dijadualkan pada tahun 2022 ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd