Telefon Pintar Ini Menyebabkan Saham Syarikat Mesin Pembakar Roti Mewah Menjunam

Diterbitkan pada Jan 11, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

November tahun lalu Balmuda Phone dilancarkan di Jepun sebagai telefon pintar Android premium dari syarikat yang lebih ternama sebagai pengeluar mesin pembakar roti mewah. Selepas dilancarkan dengan harga mencecah RM3000 walaupun menggunakan hanya Snapdragon 765, peranti gagal mendapat sambutan dari peminat tegar. Akibatnya menurut Reuters saham Balmuda telah menjunam 10% sejak telefon dilancarkan.

Selain tidak mendapat sambutan kerana spesifikasi yang tidak menakjubkan, peranti turut mengalami beberapa masalah teknikal yang menyebabkan ia tidak memenuhi spesifikasi teknikal yang ditetapkan oleh Jepun. Tahun lalu syarikat seperti Leica mencuba untuk mengeluarkan telefon jenama sendiri dengan syarikat telefon pula menerjah masuk ke arena automotif. Sebuah tahun yang menarik kerana keberanian untuk mencuba pasaran baharu.

Balmuda Phone lengkapi skrin kecil 4.9″ FHD, dijana cip Snapdragon 765, memori 6GB RAM, storan 128GB dan bateri sebesar 2500 mAh yang menerusi port USB-C. Sistem operasinya pula ialah Android 11.

Kamera utama sebesar 48MP dipadankan pula dengan kamera hadapan 8MP. Peranti mempunyai sebuah pengimbas cap jari pada panel belakang yang membuatkan peranti kelihatan seperti mempunyai sepasang mata. Selain itu peranti juga kalis air IPX4 dengan sokongan NFC bagi menyokong sistem pembayaran nirtunai FeliCa di Jepun. Satu lagi perkara unik mengenai Balmuda Phone ialah ia mempunyai tubuh melengkung yang dahulunya dipopularkan oleh LG dan Samsung.

komen


© Amanz / 2022 Kami