Cari @ Amanz

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) hari ini telah mengadakan pelancaran Platform E-Skrol Untuk Graduan yang menggunakan teknologi rantaian-blok. UIAM membangunkan teknologi ini bersama dengan pihak MOSTI dan juga Kementerian Pengajian Tinggi.

Melalui penggunaannya, ia akan memudahkan proses pengesahan skrol dan sijil yang dimiliki graduan oleh pihak majikan, selain pada masa yang sama mengatasi masalah pemalsuan sijil yang berleluasa.

Proses pengesahannya boleh dilakukan dengan k sebuah laman portal khusus, dan melakukan pengesahan. Sekiranya tidak terdapat pada sistem, ia adalah sijil palsu.

Dengan langkah ini, keyakinan majikan dapat dipertingkatkan lagi, sekaligus memberikan imej positif terhadap UIAM.

Selain UIAM, sebelum ini, USIM turut telah mengumumkan penggunaan rantaian-blok pada sijil akademik mereka.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd