Android 13 Ingin Memudahkan Anda Imbas Kod QR Tanpa Sebarang Aplikasi Tambahan

Diterbitkan pada Jan 11, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Dengan permulaan tahun 2022, sejumlah ciri-ciri baharu pada Android 13 telah mula kedengaran. Selain daripada ciri Tap-To-Transfer, kini Google dilihat akan turut menyertakan ciri akses pantas kepada imbasan kod QR melalui Android 13 kelak.

Seperti ramai sedia maklum, pada hari ini penggunaan kod QR agak popular. Ia turut digunakan meluas dalam mengimbas menu di kedai dan restoran, selain untuk maklumat lanjut berkaitan sesuatu acara dan sebagainya.

Melalui Android 13, Google dilihat akan menyertakan butang akses pantas – membolehkan pengguna terus mengimbas kod QR daripada skrin kunci telefon. Disamping itu, ia akan turut memudahkan pengguna melakukan imbasan kod QR tanpa memerlukan aplikasi tambahan.

Pada hari ini, terdapat beberapa pengeluar telefon masih tidak menyertakan ciri imbasan kod QR secara terbina dan memerlukan pengguna memasang aplikasi tambahan – yang mungkin ada iklan dan sebagainya. Dengan Android 13, Google dilihat akan menyelesaikan masalah berkenaan, dan memudahkan lagi urusan harian pengguna.

komen


© Amanz / 2022 Kami