Kain Lap Skrin Apple RM99 Kini Kembali Boleh Dibeli
January 12, 2022
Apple
Effi Saharudin
Pada Oktober lalu Apple melancarkan kain lap khas untuk peranti pada harga RM99. Ia mendapat sambutan luar biasa sehingga waktu menanti untuk pesanan tiba mencecah 12 minggu. Bagi peminat Apple yang masih mendambakan kain lap ini, hari ini ia kembali boleh dibeli masih pada harga yang sama.

Waktu penghantaran akan mengambil masa hanya 1 hari sahaja semasa artikel ini ditulis. Tetapi sekiranya anda tidak mahu ketinggalan dan kempunan lagi, lakukan pembelian segera sekiranya tidak mahu pisang berbuah kali kerana kain lap ini mempunyai permintaan yang tinggi.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.