Carian
Tempahan Baharu Kain Lap Apple RM99 Hanya Akan Terima Pada Tahun 2022
October 23, 2021 Aman

Apple pada acara khas yang diadakan pada awal minggu ini, telah pun memperkenalkan sebuah kain lap premium, dinamakan Apple Polishing Cloth.

Sejak diperkenalkan, ia menerima pelbagai reaksi berbeza daripada pengguna seluruh dunia. Pada masa yang sama, walaupun harganya agak tinggi, ia dilihat menerima permintaan tinggi.

Pada awalnya, penghantaran untuk Apple Polishing Cloth hanya dijadualkan sekitar beberapa hari sahaja,  sebelum berubah kepada sehingga bulan Disember. Kini, tempahan pembelian baharu untuk Apple Polishing Cloth memperlihatkan tempoh penghantaran yang akan mengambil masa antara 10 ke 12 minggu.

Ini sekaligus memperlihatkan tempahan yang dilakukan hari ini, hanya akan diterima oleh pengguna pada tahun 2022 kelak.

Bagi anda, adakah anda membuat tempahan untuk kain lap Apple ini?

Komen