Carian
Samsung Membatalkan Pengumuman Exynos Baharu Dengan GPU AMD Yang Dijadualkan Minggu Ini
January 12, 2022 Aman

Samsung sebelum ini menjadualkan tarikh 11 Januari 2022 untuk perkongsian berkenaan cip pemprosesan baharu. Namun, tarikh berkenaan berlalu pergi begitu sahaja, dan pihak Samsung senyap tanpa sebarang pengumuman.

Malah, video acah dan juga perkongsian sosial berkenaan acara berkenaan juga dilihat dipadamkan oleh pihak Samsung.

Sebab utama disebaliknya tidak diketahui. Pelbagai spekulasi mengatakan cip berkenaan masih belum tersedia sepenuhnya, atau mungkin mengalami masalah teknikal.

Cip terbaru Exynos ini dinantikan ramai kerana ia akan menjadi cip pertama yang hadir dengan teknologi RDNA 2 hasil kerjasama dengan pihak AMD.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah Samsung akan memperkenalkan cip terbaru mereka ini.

Komen