Huawei Matebook 14s Kini Boleh Didapati Pada Harga RM6399 Untuk Model i7 Dengan 16GB RAM

Diterbitkan pada Jan 12, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Huawei Matebook 14s adalah laptop premium baharu Huawei yang berada di antara Matebook biasa dan Matebook X. Model baharu dilancarkan tahun lepas hadir dengan skrin 2K nisbah 3:2, kadar segar semula 90Hz, saiz skrin 14.2-inci, dijana Intel Core i7 generasi ke-11, grafik Intel Xe, memori 16GB RAM dan storan dalaman SSD 512GB.

Ia menyokong pengecasan pantas 90W, kamera web tidak lagi tersorok di dalam kekunci papan kekunci, binaan juga premium dengan skrin boleh dibuka dengan sebelah tangan sahaja. Audio juga lebih menarik dan enak berbanding model sebelum.

Semasa pertama kali diperkenalkan di Malaysia, ia dijual pada harga RM6,699. Kini tahun baru ada harga baru, Huawei Malaysia memberi diskaun RM300 menjadikan harga jualan RM6,399 sahaja. Jualan harga diskaun ini juga masih termasuk dengan berkas hadiah percuma seperti Huawei FreeBuds Pro, Huawei Backpack, Huawei Bluetooh Mouse dan langganan Microsoft Office 365 selama setahun.

komen


© Amanz / 2022 Kami