Carian
Huawei P50 Pro Di Malaysia Menggunakan Snapdragon 888
January 12, 2022 Effi Saharudin

Huawei P50 Pro dilancarkan di Malaysia hari ini menjadikan negara kita negara pertama di luar China peranti ini dilancarkan. Ramai mungkin tidak menyedari peranti mercu ini dilancarkan dengan cip Kirin 9000 di China. Malahan unit ulasan yang kami terima dari Huawei Malaysia adalah versi Kirin 9000. Tetapi di Malaysia dan pastinya versi global, P50 Pro menggunakan Snapdragon 888 4G.

Dengan Snapdragon 888 4G, cip yang lebih berkuasa digunakan pada peranti tempatan. Antara isu yang kami hadapi dengan unit ulasan ialah video 4K HDR tersekat-sekat semasa dimainkan. Dengan Snapdragon 888 ini tidak akan menjadi isu kerana P50 Pocket yang sedang diulas serta dilengkapi cip yang sama tidak mempunyai isu ini. Bagi yang berminat, pratempahan untuk Huawei P50 Pro telah dibuka sekarang sehingga 22 Januari 2022 pada harga RM4199 sebuah.

Komen