Cari @ Amanz

Tahun lalu dan awal tahun ini evolusi rekaan peranti skrin boleh-lipat dapat dilihat. Pada Oppo Find N dan Honor Magic V, skrin luaran yang lebih lebar berbanding Galaxy Z Fold3 digunakan. Ini menjadikan skrin sekunder ini lebih praktikal digunakan kerana nisbah yang lebih menyamai peranti biasa.

Menurut 9to5 Google, imej animasi yang ditemukan dalam binaan Beta terkini Android 12L memberikan petunjuk peranti bole-lipat Google Pixel yang akan dilancarkan kelak mungkin mirip dengan Oppo Find N. Dalam mod tertutup, skrin luaran jelas nampak lebih dengan nisbah sekitar 18:9 bukannya 25:9 pada Galaxy Z Fold3. Apabila dibuka juga dapat dilihat ia sekali lagi menyerupai Find N.

Dalam pengalaman kami menggunakan Mate X, Z Fold3, Magic V dan Find N, harus kami katakan rekaan FInd N adalah yang paling mesra pengguna. Peranti lebih kecil sehingga mudah digunakan dan skrin luaran tidak lagi menjadi gajah putih yang hanya berguna sebagai skrin notifikasi yang besar. Dengan markah penanda aras “Google Pipit” telahpun tertiris sebelum ini, tidak mengejutkan jika peranti skrin boleh-lipat pertama Google Pixel akan dilancarkan sekitar Google I/O kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd