iPhone 14 Mungkin Menggunakan Skrin Dwi-Lubang Kamera

Diterbitkan pada Jan 13, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Terdapat banyak spekulasi mengenai rekaan skrin iPhone 14 yang sebelum ini dipercayai tidak lagi akan menggunakan takuk yang besar. Sebelum ini kami melaporkan peranti akan mempunyai satu lubang kamera berbentuk bujur di tengah dengan satu lagi kamera diletakkan di bawah skrin. Namun mengikut pendapat Ross Young yang sebelum ini memberikan ramalan yang betul mengenai teknologi skrin, iPhone 14 sebaliknya akan menggunakan rekaan skrin dwi-lubang kamera.

Lubang utama di tengah-tengah akan digunakan bersalam dengan satu lagi lubang berbentuk bulat yang bersaiz lebih kecil. Menurut Young lagi teknologi pemancar infra merah bawah skrin untuk Face ID mungkin hanya akan digunakan paling lewat 2024.

Teknologi kamera bawah skrin yang digunakan sekarang mungkin masih belum melepasi piawaian Apple dan rekaan dwi-lubang ini akan menjadi pilihan akhir. Secara ikhlasnya kami merasakan rekaan ini langsung tidak menarik dan lebih rela takuk dikekalkan sehingga teknologi kamera bawah skrin lebih matang. Apa pula pendapat pembaca sekalian. Adakah ini tindakan bijak Apple atau sebaliknya.

Sumber MacRumors

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2022 Kami