Baby Shark Du Du Du akan selalu berirama dalam otak saya apabila menulis tentang Black Shark. Entah kenapa muzik video kanak-kanak oleh PinkFong! ini melekat dan sukar untuk dilupakan. Bukan sahaja kanak-kanak, tidak kira usia pasti ramai yang akan tahu lagu ini dan serba sedikit gerak-geri tariannya.
November 2020 kami melaporkan yang video ini mencatatkan 7,039,482,768 tontonan. Menjadikannya video YouTube paling banyak ditonton dalam sejarah. Belum cukup dua tahun pun, kini video PinkFong! berjudul Baby Shark Dance ini telah mencapai lebih 10 bilion jumlah tontonan.
Jadi nampaknya seramai mana pun ARMY BTS dan sebanyak mana pun Blink Black Pink, mereka masih belum dapat tewaskan jumlah tontonan video kanak-kanak PinkFong! – pemegang takhta video yang paling banyak ditonton di YouTube setakat ini.