Apple Tidak Lagi Benarkan Pengguna Kekal Dengan iOS 14, Semua Wajib Ke iOS 15

Diterbitkan pada Jan 14, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

September tahun lepas, Apple mula menawarkan pengguna iOS dua pilihan sistem operasi – sama ada ingin kekal dengan iOS 14 atau berlaih ke iOS 15. Mereka yang tidak ingin ke iOS 15 akan kekal menerima kemaskini sekuriti.

Baru-baru ini Apple dilihat telah melakukan pusingan-U dan pengguna dilihat tidak lagi mempunyai pilihan dua sistem operasi. Mereka yang sebelum ini menjalankan iOS 14.8 tidak akan melihat penawaran iOS 14.8.1 sebaliknya hanya ada satu pilihan iaitu terus ke iOS 15.

Kemaskini terkini adalah iOS 15.2.1 dengan perubahan membaiki beberapa pepijat. iOS 14 pun sejak Oktober tahun lepas tiada lagi kemaskini versi baharu.

Buat masa ini juga masih tidak pasti adakah Apple sengaja melakukan perkara ini atau ini semua hanyalah pepijat perisian sahaja. Apa-apa pun , saya adalah pengguna yang akan terus kemaskini ke versi baru tanpa fikir risiko – jadi perkara ini tidak menjadi masalah untuk saya. Anda pula bagaimana?

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2022 Kami