Cari @ Amanz

Kita sedia dengar berkenaan pembangunan telefon boleh-lipat oleh Google, malah baru-baru ini, beberapa aset hadir melalui pembangunan Android 12L, memperlihatkan rekaan seumpama telefon boleh-lipat Oppo.

Lanjutan daripadanya, kini sumber awal mengatakan telefon dengan skrin boleh-lipat daripada Google ini akan dikenali dengan nama “Pixel Notepad”. Hal ini mungkin disebabkan oleh rekaan telefon boleh-lipat yang digunakan seumpama sebuah buku nota.

Selain itu, Pixel Notepad juga dijangka berharga lebih rendah berbanding harga jualan Galaxy Z Fold3 pada hari ini. Di Malaysia, Galaxy Z Fold3 dijual pada harga RM6699.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah Google akan memperkenalkannya. Berkemungkinan besar juga, telefon berkenaan tidak akan memasuki pasaran tempatan secara rasminya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd