Kartel Dadah Mexico Kini Menggunakan Dron Komersial Untuk Mengebom Musuh

Diterbitkan pada Jan 17, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Pada awalnya dron digunakan oleh pihak tentera untuk mengebom kedudukan musuh sejak Perang Dunia Pertama lagi. Dengan teknologi semakin matang dan murah, dron kini boleh dibeli oleh pengguna biasa untuk melakukan penggambaran dari udara yang dahulunya memerlukan mereka menyewa helikopter. Jadi tidaklah mengejutkan apabila dron komersial kemudiannya diubahsuai untuk kegunaan di medan perang seperti yang berlaku di Syria.

Terkini muncul laporan dron komersial telah diubahsuai oleh kumpulan kartel dadah untuk mengebom kumpulan musuh. Video yang dikongsi ke media sosial menunjukkan beberapa bom dijatuhkan dari sebuah dron yang dipercayai dimiliki oleh Cártel de Jalisco Nueva Generación (CJNG) di Mexico ke atas markas operasi pesaing mereka United Cartels.

Sebelum ini kartel di Mexico telah mengubahsuai dron komersial dengan bahan letupan plastik C4 yang kemudiannya diterbangkan untuk melakukan serangan kamikaze. Video di atas adalah buti pertama dron kini digunakan untuk menjatuhkan beberapa bom pula.

Peperanhan diatara kartel Mexico telah berlarutan berdekad lamanya dengan kelengkapan mereka kini setanding dengan yang digunakan pasukan tentera sebenar. Penggunaan dron juga meningkat kerana ia mengurangkan risiko kepada ahli serta lebih sukar dikesan.

Sumber The Warzone

komen


© Amanz / 2022 Kami