Imej Sebenar Oppo Find X5 Pro Tertiris Mengesahkan Penggunaan Kamera Hasselblad

Diterbitkan pada Jan 17, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Sebelum ini kami melaporkan Oppo Find X5 Pro akan menggunakan sistem kamera Hasselblad yang sebelum ini digunakan oleh OnePlus 9 Pro. Tetapi sebentar tadi imej sebenar Find X5 Pro telah tertiris mengesahkan peranti mercu ini mengesahkan ura-ura akan menjadi realiti.

Penjenamaan Hasselblad dapat dilihat pada panel belakang tetapi di bahagian bucu, bukan pada bonggol kamera seperti yang dilakukan oleh Huawei dan OnePlus. Turut dapat dilihat ialah penjenamaan Powered by MariSilicon di antara lensa kamera.

Dalam imej saya sama peranti disahkan menggunakan ColorOS 12, dilengkapi 12GB RAM dengan sistem penambahan memori sehingga 3GB dan storan dalaman 256GB. Oppo masih belum mengesahkan tarikh pelancaran tetapi secara tradisi ini akan berlaku pada bulan Februari ketika acara MWC Barcelona.

Sumber Gizmochina

komen


© Amanz / 2022 Kami