Cari @ Amanz

Infinix InBOOK X2 Dilancarkan Dengan Skrin 14″ Dan Lampu Pada Kamera Web

Link Copied!

Infinix INBook X2 telah dilancarkan pagi ini sebagai komputer riba kedua mereka selepas Infinix InBOOK X1 Pro. Walaupun ia adalah model yang lebih terkini, ia berkongsi spesifikasi yang hampir sama dengan X1 Pro tetapi dengan beberapa ciri dikurangkan.

Infinix INBook X2 masih menggunakan skrin 14″ IPS LCD FHD, dijana cip sehingga Intel Core i7-1065G7, memori sehingga 16GB RAM, storan sehingga 512 GB M.2 NVMe PCIe 3.0, dan bateri sebesar 50Wh. Saiz bateri pada X2 adalah sedikit lebih kecil tetapi masih menawarkan penggunaan sehingga 11 jam dengan pengecas 45W.

Komputer kini dilengkapi sistem kamera web dengan dwi-lampu terbina Dual-Star light. Papan kekunci masih lagi berlampu dan sebuah pengimbas cap jari diletakkan terbina pada butang kuasa. Pilihan I/O pula ialah 2x USB-C, 2x USB-A 3.0, 1x HDMI 1.4. 1x pembaca kad SD dan 1x bicu audio 3.5mm. Sistem audio menyokong Dolby Audio.

Sistem operasi yang digunakan ialah Windows 11 Home. Sokongan WiFi pula adalah
IEEE 802.11a/b/g/n/ac dengan bluetooth pula ialah 5.1. Harga jualan Infinix INBook X2 bermula dari $399 (~RM1669) untuk model i3 dan meningkat ke $649 (~RM2715) untuk model i7 dalam warna biru, merah, perak dan hijau.


Komen ()