Peranti Terbaik Amanz 2021 – Komputer Riba

Diterbitkan pada Dis 30, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Tahun 2021 memperlihatkan perminataan peranti komputer riba yang kian meningkat, dan kami di Amanz juga berkesempatan untuk mengulas beberapa komputer riba yang hadir di pasaran tempatan, yang memperlihatkan beberapa jenama menarik seperti Honor dan Huawei juga memasuki pasaran tersebut secara serius.

Di bawah ialah tiga model komputer riba yang pada pendapat kami berbaloi dibeli pada beberapa tahap harga, dan juga jenis penggunaan anda, samada untuk kegunaan produktiviti pejabat biasa, ataupun untuk menyunting video secara profesional.

Kriteria Pemilihan

  • Dilancarkan pada tahun 2021
  • Ditawarkan secara rasmi di pasaran tempatan
  • Paparan skrin dengan saiz sekurang-kurangnya 14 inci

Tempat Ketiga – Infinix InBOOK X1 Pro

Anda mungkin mengenali Infinix sebagai sebuah jenama peranti pintar yang menawarkan peranti kelas pertengahan ataupun mampu-milik pada harga yang cukup baik sekali, tetapi seperti jenama-jenama Huawei, Honor dan Realme, mereka juga pada tahun ini menawarkan komputer riba pada harga yang pada pendapat kami terlalu murah berbanding dengan penawaran spesifikasi sama apabila dibandingkan dengan jenama-jenama yang lain.

Komputer riba tersebut ialah Infinix InBOOK X1 Pro, sebuah komputer riba dengan paparan bersaiz 14 inci dengan resolusi Full hD. Dari segi spesifikasi dalaman, ia dikuasakan oleh CPU Intel Core i7-1065G7 ataupun Intel Core i5-1035G1, memori DDR4 sehingga 16GB dan juga storan SSD NVMe PCIe sebesar 512GB.

Dikuasakan CPU Intel Tiger Lake, komputer riba ini cukup berkuasa untuk digunakan buat tujuan produktiviti pejabat dan juga riadah ringan tidak kira dimana anda berada. Pengecasan menggunakan palam USB Type-C juga membolehkan peranti ini dicaskan menggunakan pengecas USB Type-C 65W, dan sekiranya anda menggunakan satu peranti yang menggunakan pengecasan PD, pengecas yang sama boleh digunakan untuk mengecas komputer riba anda juga.

Apa yang membuatkan komputer riba ini sangat menarik untuk orang ramai ialah penawaran harganya yang sangat mampu milik sekali. Di Shopee, model Intel Core i5 komputer riba InBOOK X1 Pro ini boleh didapati pada harga RM2379, manakala model Intel Core i7 boleh dibeli pada harga RM2979.

Tanda harga ini sahaja membuatkan komputer riba ini diantara komputer riba Intel Core i7 yang paling mampu milik dan berbaloi dibeli di pasaran sekarang.

Spesifikasi

  • Paparan – 14.0 inci (1920×1080)
  • CPU – Intel Core i7-1065G7, Intel Core i5-1035G1
  • Memori – 8GB, 16GB
  • Storan – 256GB. 512GB

Harga

Tempat Kedua – Huawei MateBook 14s

Huawei dilihat memperkenalkan siri komputer MateBook mereka pada tahun lepas, tetapi pada tahun ini, mereka dilihat menawarkan lebih banyak model komputer riba dari kelas mampu milik ke kelas premium. Huawei MateBook 14s merupakan sebuah komputer riba didalam kelas kedua, yang bukan sahaja memperlihatkan penggunaan komponen premium, tetapi gabungan ekosistem peranti Huawei.

Huawei MateBook 14s hadir dengan paparan skrin 14.2 inci dengan resolusi 2520 x 1680 piksel, dikuasakan oleh pilihan CPU Intel Core i7-11370H yang cukup berkuasa untuk melakukan kesemua tugasan pejabat, tidak kira kerja menaip ataupun mengedit video ringkas. Ia juga dimuatkan dengan memori DDR4 sebanyak 16GB dan juga storan SSD sebesar 1TB.

Apa yang membuatkan Huawei MateBook 14s ini pilihan yang unik ialah jika anda memiliki ekosistem peranti Huawei seperti peranti pintar dan juga tablet Huawei MatePad mereka. Dengan peranti pintar mereka, anda boleh mengakses kandungan daripada peranti melalui komputer riba ini, dan menggunakan tablet MatePad sebagai cara untuk melanjutkan paparan skrin secara nirwayar ataupun berwayar.

Seperti yang dikatakan, komputer riba ini juga hadir dengan harga yang sangat premium (RM6999 untuk model Core i7) dan dilihat hadir khusus untuk mereka yang mahu memanfaatkan ekosistem Huawei secara sepenuhnya, yang pada hemat saya adalah komputer riba yang terbaik boleh dibeli jika anda sudahpun memiliki peranti-peranti dari jenama teknologi China tersebut.

Spesifikasi

  • Paparan – 14.0 inci (1920×1080)
  • CPU – Intel Core i7-1065G7, Intel Core i5-1035G1
  • Memori – 8GB, 16GB
  • Storan – 256GB. 512GB

Harga

Tempat Pertama – Apple MacBook Pro M1 Pro

Pada penghujung tahun 2020, Apple melancarkan komputer riba MacBook Air dan MacBook Pro 13 inci yang hadir dengan cip yang dibangunkan oleh mereka sendiri yang dinamakan Apple M1. Ia dilihat menewaskan penawaran cip dari jenama-jenama lain seperti Intel dan AMD dalam banyak ujian penanda aras dan penggunaan aplikasi yang serupa, dan adalah diantara komputer riba produktiviti terbaik yang dikeluarkan pada tahun tersebut.

Terkini, bagi golongan profesional yang memerlukan kuasa pemprosesan yang lebih berkuasa untuk tujuan mengolah video pada resolusi dan kadar bit yang tinggi, khususnya setelah Apple melancarkan siri peranti iPhone 13 Pro dan Pro Max dengan kebolehan merakam video pada resolusi tinggi, mereka telah mengemaskini penawaran MacBook Pro pula dengan cip pemprosesan Apple M1 Pro dan M1 Max.

Kami kini sedang menguji MacBook Pro 14 inci dengan cip pemprosesan M1 Pro, dan pendapat awal mengenainya pada hemat kami ialah komputer riba ini benar-benar dibangunkan untuk tugasan menyunting dan mengolah video beresolusi tinggi yang padat dan berkuasa.

Dari segi spesifikasi, MacBook Pro M1 Pro ini hadir dengan paparan Liquid Retina XDR bersaiz 14 inci dengan resolusi 3024×1964. Selain daripada cip pemprosesan M1 Pro yang hadir dengan 16 teras, ia juga dimuatkan bersama-sama memori 16GB dan storan SSD sebesar 512GB.

Pada harga permintaan RM8799, Apple MacBook Pro dengan cip M1 Pro ini boleh saya katakan komputer riba untuk tujuan produktiviti video paling berbaloi untuk dibeli oleh penyunting video profesional hari ini. Jika anda masih berfikir untuk membeli MacBook Air dengan cip M1 ataupun model ini, saranan kami semua di Amanz ialah untuk membelanjakan sedikit lagi wang untuk kesenangan menyunting video beresolusi tinggi yang lebih mudah di masa hadapan.

Spesifikasi

  • Paparan – 14.2 inci Liquid Retina XDR (3024×1964)
  • CPU – Apple M1 Pro (16 teras)
  • Memori – 16GB
  • Storan – 512GB

Harga

Apple MacBook Pro M1 ProRM 8799

komen


© Amanz / 2022 Kami