Ada baki beberapa hari sahaja lagi untuk tahun 2021 tamat dan tahun 2022 bermula. Tahun baru, azam baru dan semestinya akan dibanjiri dengan lebih banyak peranti baru yang lebih hebat. Sudah menjadi tradisi tahunan di Amanz, yang mana setiap penghujung tahun kami akan senaraikan peranti terbaik mengikut segmen masing-masing
Format kali ini sedikit berbeza kerana kami inginkan anda lebih mudah membacanya terus daripada telefon masing-masing atau juga aplikasi Amanz.
- Senarai – Peranti Terbaik Amanz 2021 – Tablet
Kriteria Pemilihan
- Harga adalah subjektif, semua dinilai berdasarkan ciri-ciri yang disertakan.
- Skrin sebesar 6-inci dan ke atas, kerana masuk akal untuk gaming.
- Prestasi yang lancar dan berkuasa dengan cip yang memang ditujukan untuk permua.
- Kemampuan kamera yang baik untuk kemudahan penstriman dan fotografi/videografi.
- Menggunakan Android 11 paling minima.
- Telah dilancarkan secara rasmi di Malaysia.
Tempat Ketiga – Lenovo Legion Phone Duel 2
Sebut nama Lenovo, pasti akan adaa yang terjut dan terpinga-pinga – Ha? Lenovo hidup lagi ke di Malaysia? bagi yang tidak tahu, ya mereka masih aktif dan ada sahaja produk yang dijual. Antara yang premium yang tersenarai adalah Lenovo Legion Phone Duel 2. Kami letakkannya di tempat ketiga kerana perisiannya yang tidak begitu mesra berbanding dua lagi peranti dalam senarai ini.

Peranti ini juga cukup unik, dengan menggunakan dua port USB-C untuk pengecasan, komponen utama di 5tengah-tengah di belakang, ada kipas penyejuk yang jelas kelihatan, kamera pop-naik di sisi dengan sokongan penstriman langsung sambil bermain permua serta pengalaman bermain yang gila lancar, pantas dan menarik.
Spesifikasi: 6.92” AMOLED FHD+ 144Hz, Snapdragon 888 5nm (1 x 2.84 GHz Kryo 680 + 3 x 2.42 GHz Kryo 680 + 4 x 1.80 GHz Kryo 680), 12/16 GB RAM, storan sehingga 512GB, 64+16 MP (Utama + sudut ultra-lebar), 44 MP (Swafoto), 5500 mAh (90W), Android 11.
Harga: Serendah RM2999 (12/128 GB)
Tempat Kedua – Black Shark 4
Black Shark pula adalah antara pencabar dalam segmen telefon pintar gaming. Ia adalah syarikat yang dibiaya oleh Xiaomi, sebab itulah JoyUI sebenarnya adalah MIUI yang dijenamakan semula untuk beri penekanan lebih kepada permua. Peranti ini turut bersaing dengan Nubia Red Magic, namun pemasaran Nubia yang hambar membuatkan peranti ini lebih popular.
Sudah semestinya antara faktor menarik kenapa peranti ini digemari ramai adalah kerana harga jualannya yang tidak gila. Menggunakan peranti ini akan memberikan pengalaman bermain permua yang baik kerana adanya enjin getaran berkualiti, butang bahu fizikal yang mimik butang kawalan pada alat kawalan konsol, pembesar suara enak serta skrin yang cantik dan pantas.

Di Malaysia hanya model biasa yang ditawarkan dan tiada model Pro, jadi cip pemprosesan adalah Snapdragon 870 yang merupakan antara yang berkuasa di pasaran sekarang yang tidak ada isu memanas serius seperti Snapdragon 888.
Spesifikasi: 6.67” AMOLED FHD+ 144Hz, Snapdragon 870 7nm (1x 3.2 GHz Kryo 585 + 3×2.42 GHz Kryo 585 + 4x 1.80 GHz Kryo 585), 12/256 GB adalah pilihan memori paling besar, 64+8+5 MP (Utama + sudut ultra-lebar), 20MP (Swafoto), 4500 mAh (120W), Android 11.
Harga: Serendah RM2999 (12/128 GB)
Juara – ROG Phone 5S Pro
Dalam dunia telefon pintar gaming, berani saya katakan yang Asus ROG Phone adalah seakang Samsung. Ia antara yang premium, ada ekosistem dengan lambakan aksesori, sudah ada kumpulan peminat setia ROG Phone dan banyak lagi. Model 5S Pro ini dipilih adalah kerana antara yang terpaling gaming ada di pasaran tempatan.
Asus menawarkan skrin kedua di belakang untuk paparan notifikasi, memaparkan corak-corak menarik, animasi pengecasan dan banyak lagi. Memori juga mencapai sehingga 18GB RAM dan Asus turut mempunyai Armory Crate, iaitu aplikasi terbina dalam sistem untuk mengawal aksesori, CPU dan lain-lain untuk menambh-baik pengalaman bermain.

Peranti ini turut menawarkan pengguna dua pilihan antaramuka, sama ada ROG atau yang mirip seakan Android asli yang sama digunakan pada Zenfone 8.
Spesifikasi: 6.78” AMOLED FHD+ 144Hz, Snapdragon 888+ 5nm (1x 2.99 GHz Kryo 680 + 3x 2.42 GHz Kryo 680 + 4x 1.80 GHz Kryo 680), RAm mencapai 18GB, storan sehingga 512GB, 64+13+5 MP (Utama + sudut ultra-lebar + makro), 24 MP (Swafoto), 6000 mAh (65W), Android 11.
Harga: Serendah RM2999 (12/128 GB)
Baiklah pemenang peranti dalam segmen gaming telah diumumkan. Jadi di antara tiga ini, yang manakah anda bersetuju atau anda ada calon pilihan peribadi lain yang anda rasakan lebih layak? Kongsikan di rumahan komen di bawah.