Motorola Frontier Mungkin Hadir Dengan Kamera 200MP Dan Snapdragon 8 Gen 1+

Diterbitkan pada Jan 18, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Tahun ini Motorola dilihat mungkin mempunyai strategi pemasaran produk yang cuba bersaing dengan pesaing yang kukuh dalam pasaran.

Selepas Motorola Edge X30 dilancarkan sebagai peranti pertama dengan Snapdragon 8 Gen 1 yang boleh dibeli, mereka kini dilihat sedang bersiap sedia untuk melancarkan Motorola Frontier pula.

Peranti ini dijangka akan hadir dengan kamera utama 200MP dan peranti juga dikhabarkan akan dijana dengan cip Snapdragon 8 Gen 1+ yang lebih berkuasa.

Skrin peranti mungkin 6.67-inci dengan 144Hz kadar segar semula tinggi, sensor kamera Samsung HP1 200MP + 50MP + 12MP, dan kamera swafoto 60MP dengan sokongan Always-On Camera oleh Qualcomm.

Motorola Frontier juga mungkin hadir dengan memori sehingga 12/256 GB, sokongan pengecasan pantas 125W dan pengecasan nirwayar pantas 50W. Butiran lain masih belum diketahui, tetapi nampak gaya spesifikasi ini cukup hangat. Harapnya ia akan dijual secara lebih meluas.

Sama-sama kita nantikan.

komen


© Amanz / 2022 Kami